KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA MEMBUKA RUANG UNTUK MASYARAKAT MENDALAMI BIDANG 4IR

KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
10 November 2024
Umum

Permatang Pauh, 9hb November 2024 – Kolej Komuniti Seberang Jaya telah menganjurkan Program Pemerkasaan Dan Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang bagi tahun 2024 dengan kerjasama kerjasama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penglibatan seramai 100 orang peserta sekitar negeri Pulau Pinang. Sebanyak lima (6) kursus telah dijalankan sempena program ini.

Antara kursus-kursus yang telah dijalankan adalah Kursus Penghasilan Cenderamata, Menggunakan Laser Cutter, Kursus Pembangunan Dan Pengaturcaraan Asas Rekabentuk loT, Kursus Pendawaian Elektrik (Smart Wifi Switch Dan Autogate), Kursus Kawalan Robotik Menggunakan Python, Kursus Kawalan Kawalan Dron dan Kursus Usahawan Digital.

Program ini dijangka dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti setempat selain meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat.  Kursus-kursus yang telah dijalankan ini mampu mendedahkan kepada komuniti setempat berkaitan bidang 4IR dan memberikan latihan berkaitan teknologi tersebut. Seterusnya, diharapkan program ini akan mencetus minat komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan.

Majlis perasmian penutupan program ini diadakan Kolej Komuniti Seberang Jaya dan dirasmikan oleh  Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya Ts Hj Husani Aza bin Mohd Adam. Beliau melahirkan rasa berbesar hati kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang telah bekerjasama dengan pihak kolej dan menjayakan program ini. “Program ini merupakan pendedahan literasi digital kepada komuniti sekitar dan untuk meningkatkan kemahiran digital. Seterusnya program ini diharapkan akam membantu meningkatkan tahap kesejahteraan masyarakat melalui peluang pekerjaan, akses kepada pendidikan, dan kemajuan ekonomi keseluruhan.”katanya dalam ucapan yang disampaikan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti