Majlis Penyerahan Kerusi dan Sangkar Ular Kukuhkan Kerjasama PTSB Dengan Hospital Kulim dan APM Kulim

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
12 November 2024
Komuniti, Penyelidikan dan Inovasi, Umum, Uncategorized

KULIM- Majlis Penyerahan Kerusi kepada Hospital Kulim dan Sangkar Ular kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim Hi-Tech. Acara ini simbolik kepada usaha bersama dalam memperkukuhkan perkhidmatan kepada komuniti setempat.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Tuan Haji Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB, Dr. Mohd Ruhaifi bin Ali, Pengarah Hospital Kulim, Kapt. (PA) Amirul Aliff bin Ahmad, Pegawai APM Kulim serta Encik Azhar bin Fikri, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB. Penyerahan ini dilaksanakan sebagai inisiatif COT MRTC PTSB yang dipimpin oleh Pengurus Projek, Encik Mohd Zamri bin Hamid.

Penyerahan kerusi kepada Hospital Kulim bertujuan menyokong kemudahan pesakit sementara menunggu rawatan manakala sangkar ular yang diberikan kepada APM Kulim akan membantu pasukan bersedia menangani situasi melibatkan reptilia berbahaya.

Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada para tetamu kehormat yang mencerminkan komitmen bersama ke arah kesejahteraan masyarakat setempat. Semoga inisiatif ini menjadi inspirasi kepada kerjasama yang lebih erat antara semua pihak.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti