Kolej Komuniti Segamat jalin kolaborasi bersama Institusi Pendidikan TVET di Bandung, Indonesia

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
19 November 2024
Akademik

7 November 2024, Bandung – Kolej Komuniti Segamat (KKS) dan Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) melangkah lebih jauh dalam memperkasakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan termeterainya kerjasama strategik bersama Institusi Pendidikan TVET di Bandung, Indonesia.

Pada 6 November yang lalu, KKS dan KKS 2 telah mengadakan Program Lawatan Pengantarabangsaan ke Bandung, Indonesia. Pada program ini telah melibatkan kunjungan sebanyak dua intistusi Pendidikan TVET di Indonesia iaitu Institut Teknologi Bandung (ITB) dan Politeknik Manufaktur Bandung (POLMAN).

Lawatan pengantarabangsaan ini bertujuan menjalinkan usahasama terutamanya dalam bidang perkongsian maklumat yang melibatkan sistem pendidikan di antara Kolej Komuniti Negeri Johor (KKJDT), Politeknik Manufaktur  Bandung (POLMAN) dan Institut Teknologi Bandung  (ITB). Selain itu, lawatan ini juga sebagai penanda aras di antara KKJDT bersama ITB dan POLMAN.

Pengukuhan kolaborasi ini diikuti dengan Majlis Menandatangani Letter of Intent (LoI) ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua institusi dalam menyediakan platform pendidikan TVET bertaraf antarabangsa. Majlis menandtangani LoI ini telah dibuat antara Pengarah KKS dan KKS2 bersama Rektor POLMAN Bandung, Mohammad Nurdin, S.T, M.AB dan Rektor Institut Teknologi Bandung, Prof. Reni Wira Adi Kusumah.

Inisiatif ini juga membuka peluang luas kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan mempersiapkan diri dengan kebolehan yang selari dengan kehendak industri. Intipati utama kolaborasi melibatkan pertukaran tenaga pengajar, latihan praktikal dan projek penyelidikan yang menghubungkan pengetahuan akademik dengan pengalaman industri sebenar.

En Zahid Bin Daim, Pengarah KKS berpandangan kolaborasi seperti ini akan membuka ruang lebih luas lagi kerjasama antara pihak berkaitan khasnya berkaitan Pendidikan TVET.

“Melalui kolaborasi ini, kita berharap pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Negeri Johor khasnya KKS dapat mengambil peluang untuk bertukar pendapat, wacana dan kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Ianya dapat melahirkan generasi yang berani untuk melangkah ke persada antarabangsa.” ujar beliau.

Selain itu juga, KKS dan KKS2 juga telah sempat mengadakan CSR di Madrasah Riyadus Solihin dan Panti Yatim Baraya, Bandung, Indonesia dengan menyantuni pelajar-pelajar madrasah dan anak-anak yatim. Sedikit sumbangan telah diberikan untuk berkongsi rezeki daripada pihak KKJDT.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti