PTSB Terima Anugerah Rakan Pendidikan Terbaik 2023

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
10 December 2024
Akademik, Industri, Umum

PUTRAJAYA – Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menyertai AutoCount Education Conference 2024, yang baru-baru ini bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya. Seminar ini dianjurkan oleh AutoCount Sdn. Bhd., rakan industri PTSB dengan kerjasama Institute of Accountants & Bookkeepers (IAB) untuk menghargai institusi yang komited dalam melaksanakan Kursus AutoCount Computerized Accounting, khusus untuk pelajar perakaunan di institusi pengajian tinggi Malaysia.

Seminar ini turut disertai pensyarah daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, berfungsi sebagai platform untuk memperluas pengetahuan dan membina jaringan profesional dalam bidang pendidikan terutamanya perakaunan.

Dalam majlis penghargaan tersebut, PTSB telah dianugerahkan Excellent Education Partner Award 2023 bagi kategori institusi yang diterima oleh Encik Md. Ashraf bin Mohamed, Pensyarah Utama Program Diploma Akauntasi (DAT), Jabatan Perdagangan. Pengiktirafan ini membuktikan komitmen PTSB dalam memperkasakan pendidikan khususnya dalam bidang perakaunan dan perniagaan.

Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan untuk memastikan pendidikan berkualiti yang relevan dengan keperluan industri sekali gus memberi manfaat kepada pensyarah dan pelajar.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti