
11 April 2025- Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mencipta kejayaan cemerlang di dalam Anugerah Sukan Kolej Komuniti Malaysia 2024 (ASKK) menerusi Anugerah Pasukan Terbaik bagi sukan permainan sepak takraw yang diketuai oleh Encik Mohd Azuan Ali.
Dalam majlis gilang-gemilang ini, KKJS dinobatkan sebagai pasukan terbaik dalam arena sukan sepak takraw.
Kemenangan ini adalah merupakan anugerah paling cemerlang dan berprestij khususnya dalam bidang sukan takraw khususnya pada peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Kolej Komuniti.
Anugerah ini juga bertujuan bagi mengiktiraf para atlet yang telah menampilkan kecemerlangan dalam arena sukan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Kecemerlangan ini sekaligus memberi satu sumber inspirasi kepada KKJS untuk terus mengorak langkah dalam memartabatkan sukan sepak takraw pada masa akan datang.