
Jendela Madani
Suasana meriah dan penuh semangat menyambut ketibaan seramai 1, 190 pelajar baharu yang mendaftar masuk ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) hari ini (27 Julai).
Bermula seawal pukul 9.00 pagi, para pelajar dan ibu bapa memenuhi ruang Jqbatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar(JHEPP) dalam suasana yang cukup membanggakan bagi sebuah Politeknik Premier negara.
Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS, Dr. Mhd Azmin Mat Seman, merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang memilih POLIMAS sebagai platform pengajian mereka.
Beliau menyifatkan kepercayaan ini sebagai satu tanggungjawab yang besar buat POLIMAS dalam membentuk generasi TVET unggul.
KERANA MEMILIH POLIMAS
“Tahniah kepada semua pelajar baharu kerana memilih POLIMAS. Kami mempunyai pasukanpensyarah yang berkualiti tinggi, kemudahan
pengajaran moden, serta suasana kampus yang menyokong pembelajaran menyeluruh,” kata beliau dalam kenyataan media.
Menurut beliau, kejayaan POLIMAS mencatat kadar kebolehpasaran tinggi sebanyak 96.2 peratus pada tahun 2024 membuktikan graduan POLIMAS amat digemari industri.
“Kita melahirkan pelajar berkepakaran tinggi yang menjadi rebutan syarikat-syarikat besar. Ini hasil kombinasi kemahiran teknikal dan nilai kerja tinggi yang diterapkan sepanjang pengajian,” tambahnya.
Pelajar baharu, Muhammad Nasrul Mohd Hatta dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam, berkongsi perasaan semangat dan sedikit hiba.
BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR
“Saya berasa sangat bersemangat untuk belajar setelah terpilih menyambung pengajian di POLIMAS,” katanya.
Walaupun agak sedih kerana tinggalkan keluarga di selatan, beliau yakin inilahpermulaan terbaik untuk masa depan.
Sementara itu, Nur Syuhada Md Nayan dari SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar pula menzahirkan rasa teruja dapat mengikuti pengajian dalam Diplomq Pemasaran.
“Saya sangat gembira dapat melanjutkan pelajaran di POLIMAS. Saya amat berharap para pensyarah akan membimbing saya untuk menjadi pelajar yang cemerlang,” katanya penuh harapan.
YANG MENYAMBUNG PELAJARAN
Bagi pelajar dari Pulau Pinang, M. Theevern dari SMK Bukit Gambir, yang menyambung pelajaran dalam Diploma Teknologi Maklumat pendaftaran ini adalah titik mula kepada fasa hidup yang baharu.
“Saya teruja untuk memulakan cerita baharu dalam hidup saya. Harapan saya adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dan membanggakan keluarga,” kata Theevern penuh semangat.
POLIMAS turut menyediakan pelbagai bantuan kewangan dan kebajikan seperti bantuan zakat serta bantuan khas pengajian bagi pelajar yang layak.
Dengan sokongan pensyarah berkemahiran tinggi, makmal dan fasiliti pembelajaran terkini, POLIMAS bersedia mencorak kejayaan baharu buat setiap pelajar yang melangkah masuk ke kampus ini.
“POLIMAS bukan hanya tempat belajar, tetapi tempat membina impian dan masa depan. Kami menyambut setiap pelajar seperti keluarga,” tambah Dr. Mhd Azmin. – JM