32 pelajar dan wakil JPP PMJB sertai Program Semarak Maghrib Isyak Bersama YAB Menteri Besar Johor

POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
21 October 2026
Aktiviti Pelajar

Johor Bahru, 20 Oktober – Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada wakil Jabatan Pembangunan Pelajar (JPP) dan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah menyertai Program Semarak Maghrib Isyak Bersama YAB Menteri Besar Johor, YB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, yang berlangsung di Masjid Jamek Nurul Ta’zim, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, Johor Bahru.

Program ini bertujuan mengimarahkan masjid serta menggalakkan penglibatan golongan belia untuk solat secara berjemaah. Penganjuran program ini turut menjadi platform untuk memupuk nilai kerohanian, membentuk sahsiah terpuji dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan belia.

Penyertaan warga PMJB dalam program ini mencerminkan komitmen institusi dalam menyokong usaha pembangunan belia yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kerohanian, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia serta mempunyai jati diri yang kukuh.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) bersama Pejabat YAB Menteri Besar Johor melalui Southern Volunteers.

Diharapkan penyertaan dalam program seumpama ini dapat menyemai kecintaan terhadap masjid dan membudayakan amalan solat berjemaah dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan generasi belia.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti