
KUANTAN, 7 November 2025 – Satu detik bersejarah bagi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) apabila buat julung-julung kalinya menganjurkan Anugerah Gemilang POLISAS 2025 (AG 2025) melalui Portfolio Kecemerlangan Staf (Kecemerlangan Akademia).
Majlis penuh gilang-gemilang ini yang mengangkat tema ‘Dedikasi Diiktiraf, Kecemerlangan Diilhamkan’ telah berlangsung di Dewan Sri Mahkota POLISAS dan disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), YM Tengku Besaruddin Shah bin Tengku Yaakob.
Hadir sama ialah Pengarah POLISAS, YBrs. Encik Hisamudin bin Mohd Tamim, Timbalan Pengarah (Akademik), Puan Hajah Wan Zuraida binti Wan Yusoff, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Encik Mustafizul Hilmie bin Abd Rahman serta Ketua Portfolio Kecemerlangan Staf POLISAS, Tuan Haji Mohd Mawarzi bin Hassan.
Majlis ini merupakan platform untuk menghargai sumbangan cemerlang, inovasi, serta dedikasi yang diberikan oleh staf Akademik, staf Sokongan Akademik dan PPPT Kategori 3 POLISAS. Anugerah ini diberikan dalam dua kategori iaitu Anugerah Akademia dan Anugerah Staf Sokongan Akademik & PPPT Kategori 3, di mana penerima anugerah telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam bidang masing-masing.
Penerima Anugerah Staf Sokongan Akademik & PPPT Kategori 3:
Penerima Anugerah Kategori Akademik:
Majlis turut diserikan dengan Anugerah Sang Raja Gemilang dan Anugerah Sang Ratu Gemilang yang diberikan kepada kakitangan yang menampilkan busana tradisional Malaysia terbaik.
Selain itu, pada majlis ini juga turut diadakan pelancaran Sambutan Jubli Emas POLISAS dan penyampaian Sijil Penghargaan kepada pemenang Pertandingan Mencipta Logo dan Tema sempena Sambutan Jubli Emas POLISAS yang akan diraikan pada tahun hadapan.
Anugerah Gemilang POLISAS adalah simbol penghargaan yang diberikan kepada staf-staf yang telah menunjukkan dedikasi luar biasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan diharapkan anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa hadapan.
