80 warga PTSN terlibat dalam Misi Pasca Banjir

POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL
23 March 2023
Aktiviti Pelajar

16 March 2023, Gerisek – Seramai 80 warga Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) yang terdiri daripada staf dan pelajar telah terlibat secara langsung dalam aktiviti khidmat masyarakat pasca banjir di Sekolah Kebangsaan Kundang Ulu dan Sekolah Agama Kundang Ulu. Program ini turut disertai oleh 15 orang staf dari Seksyen Projek Khas, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tujuan utama program ini adalah untuk menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga PTSN melalui aktiviti membersihkan persekitaran kawasan sekolah, mengecat bilik darjah dan memeriksa aliran elektrik di setiap bilik darjah.

Pengarah PTSN, YBrs. Haji Abd Razak Senan,  berkata program seumpama ini dapat membantu meringankan beban pihak sekolah yang terkesan dengan bencana banjir dan ia selaras dengan Rukun ke-6 Malaysia Madani iaitu Ihsan.

“Selain kami terapkan ilmu kemahiran, pelajar yang sertai program ini dapat menambah pengalaman pembelajaran mereka. Kami mahu lahirkan graduan TVET yang menepati konsep Negara Madani yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri tempoh hari” katanya lagi.

Peserta program ini juga berpeluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang teknikal dengan membantu melakukan pemeriksaan peralatan elektrik dan pemulihan enjin yang rosak akibat terkena banjir.

/*! elementor - v3.11.5 - 14-03-2023 */
.elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti