Blue Ocean Engineering Sdn Bhd juarai Pertandingan Design & Build Single-Store House Competition 2023

POLITEKNIK KOTA BHARU
29 August 2023
Aktiviti Pelajar, Industri

24 Ogos 2023, Kota Bharu : Blue Ocean Sdn. Bhd. dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Design & Build Single-Store House Competition 2023 yang telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu. Projek yang menekankan kepada reka bentuk bangunan moden dan digabungkan dengan tradisional menjadi pilihan utama juri.

Menurut Pengurus Projek, Encik Mohd Fadly bin Abdullah, projek ini dibina dengan mengambil kira pencahayaan semula jadi bagi pengurangkan penggunaan tenaga serta direka bentuk untuk membenarkan pergerakan udara luar masuk bagi memberi keselesaan pada pengguna.

Tempat kedua dimenangi oleh Neutra Casa Sdn. Bhd. dan tempat ketiga dimenangi oleh Dynamic Builders Sdn. Bhd.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah  disempurnakan oleh YBrs. Encik Ilham Shah bin Azni Shah, mewakili Tuan Haji Azni Shah bin Sulaiman, Pengarah Blackfox Engineering Sdn. Bhd, CEO@PolyCC, Politeknik Kota Bharu.

Turut hadir dalam majlis ini adalah, YBrs. Gs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Ir. Haji Nik Soh bin Yaacoub, Timbalan Pengarah JKR Negeri Kelantan, YBrs. Tuan Haji Mohamad Roslan bin Mokhtar Penolong Pengurus Kanan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Negeri Kelantan, Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik dan Encik Che Anuzi bin Yusoff , Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.

Menurut Gs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu,  pertandingan ini yang berasaskan Building Information Modelling (BIM) mengalakkan aktiviti inovasi di kalangan pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) disamping bagi memenuhi keperluan Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) dan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM).

Encik Ilham Shah bin Azni Shah, wakil Blackfox Engineering Sdn. Bhd melalui ucapannya berkata, pemodelan Maklumat Bangunan atau Building Information Modeling (BIM) mempunyai pelbagai kelebihan yang dapat dimanfaatkan dalam keseluruhan rantaian nilai industri pembinaan. Apabila digunakan dari peringkat perancangan, BIM membolehkan semua pihak yang terlibat dalam projek itu untuk memvisualisasikan, mengkoordinasikan dan menganalisa ciri-ciri fizikal dan fungsi utama setiap elemen sebelum pembinaan bermula.

Pertandingan ini disertai 6 kumpulan yang diterajui oleh Pensyarah kursus DCC50242 Building Information Modeling (BIM) bagi Program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) manakala kursus DCQ50262 Building Information Modeling (BIM) bagi Program Diploma Ukur Bahan (DUB) d imana PDP kursus melibatkan penggunaan perisian REVIT. Setiap kumpulan diperuntukan sebanyak RM2000.00 sebagai perbelanjaan dalam menyiapkan projek tersebut.

Pada 13 Mac 2023 yang lalu telah diadakan majlis penyerahan Mock Check RM17, 000.00 oleh pihak Blackfox Engineering Sdn. Bhd kepada PKB sebagai penaja utama pertandingan ini.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti