CMYK PRESS bawa tuah, PMS tembus emas di pentas inovasi dunia

POLITEKNIK MUADZAM SHAH
28 April 2026
Industri, Kolaborasi, Penyelidikan dan Inovasi

Muadzam Shah, 27 April 2026 – Pasukan inovasi daripada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah (PMS) mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih Pingat Emas (Kategori Profesional – Dalam Talian) dalam International Invention, Innovation and Design Competition 2026 (Hybrid Mode).

Pertandingan berprestij ini dianjurkan oleh Kolej Vokasional Tanah Merah dengan kerjasama Digit360 serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, dan berlangsung pada 27 April 2026 dengan penyertaan daripada pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara.

Pasukan PMS diketuai oleh Hazwani Binti Hashim bersama ahli kumpulan Zulhelmi Bin Ahmad dan Muhammad Fairuz Bin Ruslan, yang merupakan pensyarah Program Diploma Teknologi Media Cetak (DMC_WBL). Mereka telah mengetengahkan projek inovasi bertajuk CMYK PRESS, yang menampilkan gabungan kreativiti, reka bentuk dan inovasi dalam bidang percetakan serta komunikasi visual.

Projek tersebut menonjolkan pendekatan moden yang menepati keperluan industri kreatif semasa, selain memberi nilai tambah dari segi aplikasi praktikal dalam bidang media cetak. Persembahan inovasi yang mantap turut berjaya menarik perhatian juri antarabangsa.

Kejayaan ini membuktikan tahap kepakaran, kreativiti dan komitmen warga akademik PMS dalam menghasilkan inovasi berkualiti tinggi di peringkat global. Ia sekali gus mengukuhkan reputasi PMS sebagai institusi TVET yang kompetitif dan relevan dalam bidang industri kreatif.

PMS berharap pencapaian ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi serta inspirasi kepada warga institusi untuk terus melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti