PSS bekerjasama dengan 3 buah industri bagi Contextual Smart Community Programme and Sharing Knowledge

POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
14 August 2023
Aktiviti Pelajar

14 Ogos 2023, Sandakan – Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Sandakan Sabah (PSS) telah menganjurkan Contextual Smart Community Programme and Sharing Knowledge “Precision Nature, Precision Care and Precision Agriculture” yang telah berlangsung pada 26 – 28 Mei 2023 melibatkan tiga buah industri dari Akademi Binaan Malaysia, Kota Kinabalu, Farm Tokou Penampang dan Kundasang Aquafarm.

Program ini melibatkan seramai 33 orang pelajar bagi Program Diploma Agroteknologi semester 5 di bawah seliaan Cik Nik Salwani bersama Pn. Saradatul Akma, En Tony Ontok dan Cik Amalina. 

“Terima kasih diucapkan kepada pihak industri yang sudi memberi ruang dan peluang kepada para pelajar PSS khususnya program diploma agroteknologi untuk menimba pengalaman dan mempelajari sesuatu hasil daripada program ini ” kata En. Irwandih Bin Mat Jaili, Timbalan Pengarah Akademik PSS dalam ucapan beliau. Beliau juga berharap hubungan baik ini diteruskan dan lebih banyak kolaborasi terjalin selepas ini.

Perlaksanaan program ini telah mendapat maklumbalas yang amat memberangsangkan dari pihak industri yang terlibat dan mengharapkan program sebegini perlu diteruskan dari masa ke semasa. Hasil daripada program ini, pelajar Politeknik Sandakan Sabah (PSS) telah didedahkan dengan pengalaman pengendalian jentera, landskap, pertanian pintar, perniagaan dalam pertanian, binaan struktur rumah hijau serta pendedahan kepada sistem hidroponik.

Program ini di memberi impak yang tinggi kepada institusi amnya dan pelajar khususnya kerana sumbangan dalam bidang agroteknologi dapat terus diberikan kepada komuniti secara langsung.

Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah Akademik (TPA) En. Irwandih bin Mat Jaili bagi menjayakan program ini.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti