Dua Pelajar POLYCC Mewakili Negara Ke Switzerland

UKK JPPKK
11 July 2023
Aktiviti Pelajar, BERITA

7 Oktober 2022, Sepang – Muhammad ‘Adziem bin Wazi yang merupakan pelajar Politeknik Merlimau Melaka akan mewakili negara ke Pertandingan Worldskills Special Edition 2022 di Richemont,  Lucerne, Switzerland bermula 10-17 Oktober 2022.

Sesi perlepasan bagi peserta telah berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi. Muhammad ‘Adziem akan menyertai Bidang Pastisserie and Confectionary dan akan bersaing dengan 14 peserta dari negara lain. Pasukan ini dibawah penyeliaan Pakar Negara, Encik Rafizi bin Ramli dari Kolej Komuniti Baling. Pasukan ini dibantu oleh Jurulatih Negara, Encik Shahrizal bin Ahmad Selo dari Politeknik Merlimau dan Puan Azizah binti Ibrahim dari Kolej Komuniti Bayan Baru.

Pada 20 Oktober nanti, seorang lagi peserta, Dineshwaran A/L Jayakumar dari Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi akan berlepas ke Messe Luzern, Lucerne, Switzerland bagi penyertaan dalam Bidang Restaurant Service. Pasukan ini dibawah seliaan Jurulatih Negara, Encik Jeffri bin Ahmad dari Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi dan Pakar Negara, Encik Rafizi bin Ramli dari Kolej Komuniti Baling.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti