“GOLDEN DECADE KKBPJ LEGACY: SEDEKAD ALUMNI, 1000 MEMORI”

KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT
02 October 2025
Alumni

BATU PAHAT, 28 Sept – Suasana penuh nostalgia menyelubungi Dewan Opal, Hotel Katerina apabila hamper 100 alumni Kolej Komuniti Batu Pahat (KKBPJ) yang dapat menghadiri majlis ini dari pelbagai lulusan graduan bermula 2015 sehingga 2024  berkumpul sempena sambutan jubli perak penubuhan KKBPJ, semalam.

Majlis yang diberi nama “Golden Decade KKBPJ Legacy: Sedekad Alumni, 1000 Memori” itu bertujuan meraikan sumbangan para alumni selain memperkukuh hubungan silaturahim antara bekas pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan kolej.

Majlis bertemakan retro style itu dianjurkan oleh Unit Alumni KKBPJ dengan kerjasama Persatuan Alumni serta sokongan pihak industri. Ia menyaksikan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan pentas, ucapan tokoh alumni, serta cabutan berhadiah yang menawarkan hadiah eksklusif termasuk pendingin hawa inverter dan jongkong emas misteri.

Pengarah KKBPJ, Pn. Kembek Binti Ramlee, dalam ucapannya berkata, peranan alumni sangat penting dalam memperkukuh imej dan reputasi kolej di peringkat nasional.

“Alumni merupakan duta kecil yang membawa nama baik kolej. Kehadiran mereka dalam acara seperti ini menunjukkan semangat kekitaan dan semangat kerjasama yang terjalin erat dengan pihak KKBPJ,” katanya.

Katanya lagi, program seperti ini membuka peluang jaringan kerjasama baharu terutama dengan pihak industri serta merangsang semangat pelajar semasa untuk terus maju.

Sementara itu, alumni yang hadir turut mengambil peluang bertukar cerita dan berkongsi perkembangan kerjaya masing-masing.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Alumni iaitu, Wan Lutfil Hadi Bin Wan Muhammad Yazid, yang turut memuji usaha KKBPJ dalam mengeratkan hubungan bersama bekas pelajar.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti