Inovasi Kreatif JPH PMS Raih Pengiktirafan Emas di iVIX 2026

POLITEKNIK MUADZAM SHAH
16 July 2026
Aktiviti Pelajar

26 Jun 2026 – Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Muadzam Shah (PMS) terus melakar kejayaan di pentas antarabangsa apabila meraih Anugerah Emas (Gold Award) dalam International Virtual Innovation Exhibition 2026 (iVIX 2026) menerusi projek inovasi bertajuk ARC Heritage Hunter: From Cave to Craft.

Projek tersebut diterajui oleh Puan Farrah Waheeda binti Azan selaku penyelia bersama barisan pelajar yang terdiri daripada Muhammad Aniq Naufal bin Rozi, Nurin Jaslina binti Ahmad Azlan Shah, Muhammad Hadi Aziz bin Kanin, Nur Zuhayra binti Zulkhairulnizam dan Nur Aina Zarifah binti Azmi. Inovasi ini merupakan reka bentuk cenderamata interaktif yang mengetengahkan penghayatan warisan budaya melalui pendekatan pendidikan yang kreatif dan inovatif. Penerapan elemen interaktif dalam projek ini memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, di samping menyokong usaha memperkenalkan serta memupuk penghargaan terhadap nilai warisan dalam kalangan masyarakat.

Penyertaan dalam International Virtual Innovation Exhibition 2026 (iVIX 2026) yang berlangsung dari 1 Februari hingga 23 Jun 2026 membuka peluang kepada pasukan inovasi JPH PMS untuk mengetengahkan hasil kreativiti dan inovasi mereka kepada peserta dari pelbagai institusi di peringkat antarabangsa.

Pencapaian ini membuktikan keupayaan warga JPH PMS dalam menghasilkan inovasi yang bukan sahaja kreatif, malah mempunyai nilai pendidikan dan warisan yang mampu diketengahkan di peringkat global. Kejayaan ini sekali gus memperkukuh komitmen Politeknik Muadzam Shah dalam membudayakan inovasi serta melahirkan graduan TVET yang berdaya saing, kreatif dan mampu mencipta impak di persada antarabangsa.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti