JPPKK sahut perkasakan Pendigitalan TVET

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
05 September 2023
Akademik

27 Ogos 2023, Kuala Terengganu – Majlis Konvokesyen Politeknik Kuala Terengganu (PKT)  kali ke-20 telah berlangsung di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam yang bertemakan “Embracing Digitalization for a Sustainable Future”.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaludin bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Memetik dalam ucapan beliau, JPPKK telah menyahut hasrat kerajaan dalam memperkasakan TVET DIGITAL POLYCC yang memfokuskan pendigitalan secara total dalam semua aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatan bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan bersedia mendepani teknologi baharu serta future proof talent iaitu: high skill, high tech dan high art.

Terdahulu, Saudari Siti Nur Afifah Sheikh Shamsul Annuar Banafex telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengarah atas pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik dan ko-kurikulum sepanjang pengajian di Politeknik Kuala Terengganu.

Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Suzana binti Mohd Ali, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu serta pengarah-pengarah dan wakil dari POLYCC Malaysia.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti