JPPKK terap nilai kelestarian alam sekitar

UKK JPPKK
18 January 2024
Aktiviti Pelajar

26 September 2023, Jitra  – Selain dari memfokuskan kepada peningkatan kemahiran pelajar dalam bidang teknikal, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) juga menerapkan nilai kelestarian alam sekitar kepada warganya melalui Malaysian Polytechnic and Community College Sustainability Award 2023 (MPCCSustAward 2023). Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum, JPPKK dengan kerjasama Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah(POLIMAS),Kedah.

Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK, Encik Mohd Noor bin Shahudin, yang hadir merasmikan penutupan program ini berkata, institut pendidikan tinggi merupakan entiti yang berorientasikan organisasi yang mempunyai pelbagai subkultur dan tradisi.

Ianya merupakan salah satu ajen perubahan dalam masyarakat bagi mencapai pembangunan mampan dan kelestarian persekitaran. JPPKK selaku peneraju utama TVET negara sentiasa komited dalam memastikan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dapat dicapai.

“Pelan Strategik POLYCC 2018-2025 telah dibangunkan bersama-sama Blueprint SmartGreen PolyCC 2021-2026 (BSGPC) sebagai rujukan utama dalam melaksanakan inisiatif hijau bagi mencapai aspirasi TVET mampan dengan memfokuskan TUJUH (7) bidang tumpuan iaitu Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan, Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim, Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap,Pengurusan Sisa, Pengurusan Air dan Pengangkutan”Katanya lagi.

MPCCSustAward mula dianjurkan pada tahun 2020 menunjukkan trend peningkatan dari segi penyertaan. Pada tahun ini, sebanyak 83 penyertaan yang terdiri daripada warga Politeknik dan Kolej Komuniti. Ini telah memberikan gambaran yang baik terhadap usaha politeknik untuk membudayakan TVET sayangkan alam sekitar  dikalangan pensyarah dan pelajar serta merealisasikan agenda matlamat pembangunan mampan (SDG’s) negara. Beliau juga percaya program ini merupakan satu inisiatif murni untuk menggalakkan dan mendedahkan pensyarah dan pelajar POLYCC  tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Encik Mohd Noor juga telah menyampaikan anugerah kepada pemenang-pemenang bagi  program dan pertandingan berteraskan inisiatif hijau seperti Projek Mampan JPPKK, Jerayawara dan Pelancaran Portal MPCC, Sesi Perkongsian Webinar, Kertas Penyelidikan Terbaik dan Projek Kampus Hijau serta penganugerahan SmartGreen PolyCC 2023.

 

  1. Anugerah SmartGreen PolyCC POLYCC 2023 (POLITEKNIK)

Tempat Kelima: Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah (POLISAS)

Tempat Keempat: Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)

Tempat Ketiga: Politeknik Kota Kinabalu (PKK)

Tempat Kedua: Politeknik Mersing Johor (PMJ)

Tempat Pertama: Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

 

  1. Anugerah SmartGreen PolyCC POLYCC 2023 (KOLEJ KOMUNITI)

Tempat Kelima: Kolej Komuniti Temerloh

Tempat Keempat: Kolej Komuniti Kepala Batas

Tempat Ketiga: Kolej Komuniti Segamat 2

Tempat Kedua: Kolej Komuniti Jerantut

Tempat Pertama: Kolej Komuniti Selandar

 

  1. Anugerah SmartGreen PolyCC POLYCC 2023 (POLITEKNIK)

Tempat Kelima: Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah (POLISAS)

Tempat Keempat: Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)

Tempat Ketiga: Politeknik Kota Kinabalu (PKK)

Tempat Kedua: Politeknik Mersing Johor (PMJ)

Tempat Pertama: Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

 

  1. Anugerah SmartGreen PolyCC POLYCC 2023 (KOLEJ KOMUNITI)

Tempat Kelima: Kolej Komuniti Temerloh

Tempat Keempat: Kolej Komuniti Kepala Batas

Tempat Ketiga: Kolej Komuniti Segamat 2

Tempat Kedua: Kolej Komuniti Jerantut

Tempat Pertama: Kolej Komuniti Selandar

 

Tuan Haji Rosli Idris, Pengarah POLIMAS, dalam ucapan berkata, melalui program MPCCSustAWARD 2023, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu melakukan perubahan positif dan mencapai Malamat Pembangunan Mampan dalam institusi Pendidikan. Program-program dan Aktiviti Mampan juga melibatkan tanggungjawab sosial kita sebagai individu dalam memastikan kita menjalani gaya hidup yang memberi manfaat kepada diri sendiri, masyarakat dan juga bumi yang telah dianugerahkan oleh Allah.

 

“Dalam menjayakan usaha ini, kita harus bersatu untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, mempromosikan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar dan berperanan aktif dalam memulihara alam sekitar untuk generasi masa depan. Ini adalah aspirasi yang harus diterapkan dalam setiap aspek kehidupan kita sebagai warga POLYCC”.katanya lagi

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti