Kebolehpasaran graduan PIS sebanyak 97.7 peratus

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
05 September 2023
Akademik

03 September 2023, Pasir Gudang – Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ke-28 merupakan satu bentuk penghargaan bagi meraikan kejayaan graduan Politeknik Ibrahim Sultan yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Majlis pada kali ini terbahagi kepada 4 Sidang yang diadakan secara bersemuka selama 2 hari bermula 03- 04 September 2023 melibatkan pengajian bagi Sesi Akademik II: 2021/2022, Sesi II 2021/ 2022 dan Sesi I : 2022 / 2023.

Pada majlis konvokesyen kali ini, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) berjaya melahirkan seramai 1,095 graduan daripada EMPAT (4) buah jabatan akademik, iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal serta Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Jumlah ini melibatkan 22 graduan dari program Sarjana Muda, 1,070 graduan dari program diploma dan 3 orang graduan dari program Sijil Kemahiran Khas.

Sidang Pertama Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan ke-28 yang berlangsung di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS ini disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail menyampaikan anugerah utama dan sijil konvokesyen kepada para graduan bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Tetamu kehormat juga menyampaikan Anugerah Pengarah dan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum bagi Sesi II : 2021/2022 kepada Ameira Iwanina Eirwan dan Anugerah Khas Ketua Jabatan kepada Muhammad Shafiq Mohd Shamsuddin, yang kedua-duanya graduan merupakan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Anugerah ini diberi kepada penerima berasaskan merit yang memenuhi kriteria akademik dan kegiatan ko-kurikulum yang cemerlang meliputi pengurusan organisasi, penganjuran program, penyertaan dalam program serta sjiil professional, pengiktirafan luar dan penglibatan antarabangsa. Pada keseluruhannya, seramai 1 orang penerima Anugerah Pengarah, 5 orang penerima Anugerah Kecemerlangan & Korikulum, 1 orang penerima Anugerah Khas Jabatan dan 446 Anugerah Pingat Ketua Jabatan bagi kesemua 4 Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan ke-28. Majlis kali ini juga mencatatkan sejarah kerana buat pertama kalinya PIS telah melahirkan graduan antarabangsa dari negara Filipina iaitu saudara Manaig Jasley Balisa, graduan dalam bidang Diploma Rekabentuk Grafik.

Kebolehpasaran pelajar bagi Politeknik Ibrahim Sultan bagi tahun 2023 adalah sebanyak 97.7%. Ini membuktikan bahawa graduan Politeknik Ibrahim menjadi buruan utama majikan diluar sana dari aspek menawarkan peluang pekerjaan selain selebihnya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Matlamat Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti adalah untuk menjadi penyedia utama pendidikan TVET serta memupuk bakat berkemahiran untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat dan kian berubah. Turut hadir Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti