Keratan Akhbar : Alumni PUO anjur perjumpaan dengan Helmut Ullrich

POLITEKNIK UNGKU OMAR
02 October 2023
Malaysia Gazette

Malaysia Gazette ,29 Januari 2023

IPOH – Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama Alumni Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menganjurkan majlis perjumpaan bekas pelajar tahun 1971/1973 bersama Helmut Ullrich yang merupakan tenaga pengajar PUO pada tahun 1971 hingga 1973.

Ullrich yang berasal dari Jerman, merupakan tenaga pengajar di Jabatan Elektronik (kini Jabatan Kejuruteraan Elektrik).

Beliau telah diberikan penerangan ringkas berkenaan perkembangan PUO.

Dalam sesi yang sama, Ullrich berkongsi pengalaman beliau sepanjang bertugas di Malaysia.

Beliau turut dibawa melawat ke sekitar kampus PUO iaitu ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kampus A dan sekitar kampus B.

Ullrich juga berkesempatan beramah mesra bersama-sama pelajar-pelajar PUO yang sedang menghadiri kursus kepimpinan sempena kemasukan pelajar baharu bagi sesi II 2022/2023.

Rata-rata bekas pelajar Ullrich menzahirkan kegembiraan dan penghargaan kepada beliau atas usahanya yang sentiasa meneroka peluang berhubung serta merapatkan persahabatan bersama-bekas-bekas pelajar.

PUO menyambut baik usaha murni para alumni yang sentiasa berhubung dan mempelbagai jalinan kerjasama di antara satu sama lain.

Malah, PUO komited untuk meneruskan usaha mendampingi alumni dari pelbagai latar belakang agar hubungan baik di antara alumni dan institusi ini kekal utuh dan seterusnya alumni berpotensi untuk menjadi rakan strategik serta menyumbang kepakaran bagi membantu PUO melahirkan graduan yang terampil dan kompeten.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti