Hampir 600 pelajar sertai Larian Madani 2023

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
17 November 2023
Aktiviti Pelajar

Kuantan, 31 Oktober 2023 – Hampir 600 pelajar yang terdiri daripada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik METrO Kuantan (PMKU) menyertai program Larian Madani 2023 anjuran Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian AM, POLISAS yang diadakan bertempat di Padang Utama, POLISAS.

 

Pengarah Program, Nor Aishah Othman berkata, penganjuran program ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan bagi Kursus MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban.

“Program ini juga membentuk pelajar yang bersatu padu dalam kepelbagaian agama dan budaya bagi penghayatan Etika dan Peradaban yang merupakan kesedaran sosial untuk digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara bagi mencapai keadilan, keharmonian dan kesepaduan.

Begitu juga dalam membina keperibadian pelajar agar mempunyai ketahanan mental dan fizikal dalam memimpin dengan adab dan nilai hormat menghormati menjadi panduan”, katanya.

 

Majlis penutup program Larian Madani 2023 telah disempurnakan oleh Pengarah POLISAS, Hajah Norehan Silek. Pada majlis yang sama turut diadakan aktiviti solidariti Palestin dan Pelancaran Tabung Khas Bantuan Untuk Palestin peringkat POLISAS.

 

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti