Keratan Akhbar : Jalinan Kerjasama Global Tingkat Pengetahuan Pelajar

POLITEKNIK UNGKU OMAR
13 October 2023
Lain-Lain

MALAYSIA AKTIF , 3 APRIL 2023

 

IPOH, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa India ke Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) meningkatkan pengetahuan para pelajar melalui kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman dan memberi pendedahan kepada kepelbagaian aspek budaya, pendidikan dan ekologi negara lain dalam membentuk minda global serta mempersiapkan mereka untuk peningkatan kerjaya di masa hadapan.

Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Mohd Noor Shahudin, berkata delegasi yang terdiri daripada tiga orang pensyarah dan tiga puluh orang pelajar dari Dr. M.G.R Educational and Research Institute dan Francis Xavier Engineering College telah menyertai program ini di bawah pimpinan Profesor Dr K Balasubramian.

“Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada peserta dan meningkatkan lagi hubungan antara India dan Malaysia dalam bidang pendidikan dan kebudayaan.

“PUO turut menyambut baik inisiatif kolaborasi ini dan berharap agar aktiviti seumpama ini mampu  memberi nilai tambah kepada usaha negara untuk memperkasakan program TVET,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penutup Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa India-Malaysia di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO baru-baru ini.

Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa India ke Malaysia di PUO berlangsung selama enam hari bermula 26 Mac sehingga 1 April 2023.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti