Keratan Akhbar : Majlis perjumpaan bekas pelajar Politeknik Ungku Omar 10 Februari

POLITEKNIK UNGKU OMAR
13 October 2023
Berita Harian

Berita Harian , 23 Januari 2023

Politeknik Ungku Omar (PUO) 1976 sekali lagi akan berkumpul dalam majlis makan malam perjumpaan semula yang akan diadakan pada 10 Februari ini di sebuah hotel di Putrajaya.

Pengerusi program itu, Zulkifli Ahmad, berkata majlis tahunan kali kelapan dengan tema ‘Malam Nostalgia (MN 8)’ itu bertujuan merapatkan ikatan persahabatan dan ukhwah yang terjalin antara pelajar PUO bagi tahun berkenaan.

“Perjumpaan MN8 kali ini akan menjadi lebih menarik dan bermakna kerana akan turut dihadiri beberapa bekas pensyarah, termasuk bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon.

“Seramai 110 pelajar daripada empat jabatan, iaitu Perniagaan, Kejuruteraan Awam, Kejuteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal dijangka hadir pada majlis ini,” katanya.

Jurucakap itu berkata, program perjumpaan semula pelajar PUO 1976 bermula sejak 2012, yang pertama kali diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam di ibu negara, dengan kehadiran 152 ahli.

Katanya, sebanyak tujuh perjumpaan diadakan dalam tempoh lapan tahun, dengan kali terakhir pada Februari 2020 di Tanjung Piai, Johor.

“Jawatankuasa MN 8 kali ini berharap, majlis mendapat penyertaan daripada semua bekas pelajar PUO 1976, terutama mereka yang belum pernah hadir sejak majlis perjumpaan semula ini diadakan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan majlis ini boleh berhubung dengan Zulkifli 012-327 5969 atau Noraini Dahalan (Setiausaha) 012-622 6246. 

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti