Keratan Akhbar : Permainan Tradisi Semarak Sambutan Hari Kebangsaan PSA

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
07 March 2024
Lain-Lain

Malaysia Aktif, 17 Ogos 2023

SHAH ALAM, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 400 orang pegawai dan kakitangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), di sini menjayakan permainan tradisi bagi menyemarakkan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Permainan berkenaan seperti bowling kelapa, congkak, batu seremban, tudung oren, dam ular serta dam haji selain pertandingan busana merdeka dan lagu patriotik serta senamrobik merdeka.

Pengarah PSA, Dr Norhayati Zakaria berkata, penyertaan daripada berbilang kaum merapatkan silaturahim antara warga PSA di samping menghargai warisan tradisional serta memupuk gaya hidup sihat.

“Program Semarak Merdeka ini merupakan sebahagian daripada sambutan Bulan Kebangsaan peringkat PSA yang telah dilancarkan pada 31 Julai lalu.

“Alhamdulillah kita melihat sambutan sangat menggalakkan daripada warga PSA dan kita merancang untuk meneruskan program seumpama ini pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, sempena sambutan bulan kebangsaan tahun ini pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya pertandingan ‘selfie’ merdeka, video merdeka, larian merdeka dan pertandingan menghias bangunan.

-ZS-

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti