Keratan Akhbar : TVET Memperkasa Ekonomi Komuniti

KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG
07 March 2024
Lain-Lain

MELAKA, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Jejak TVET MADANI@POLYCC dan Sesi Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud ke Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM), di sini kelmarin. Menurut Mustapha, kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) penting kepada setiap belia khasnya dalam menjalani kehidupan masa kini.”Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka merupakan salah satu institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang mempunyai kekuatan dalam melahirkan ramai graduan berkemahiran yang tinggi dalam bidang Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Kulinari dan Operasi Perhotelan khasnya,” ujarnya. Pengarah KKBBM Muhammad Sani Che Idris, berkata kejayaan-kejayaan alumni yang telah meraih pendapatan lumayan dalam bidang masing-masing, serta ada di antaranya menjadi pencipta pekerjaan.”Di antara kejayaan KKBBM sejak ditubuhkan pada Jun 2001 ialah mendapat pengiktirafan dan pencapaian dalam pelbagai aspek, membina jaringan kolaborasi bersama industri-industri serta melahirkan alumni berjaya seperti saudara Mohamad Amiruddeen Mazlan yang bertugas sebagai pembantu tukang masak di Viking Cruise Switzerland, Muhamad Nur Azwan Azman pengusaha X Coffee Lounge, Afiq Hassan pemilik syarikat Syarikat Bavaria At Work, Muhammad Asyraf Saifuddin pemilik Melangok Café dan ramai lagi. “Selain menawarkan kursus sepenuh masa, KKBBM turut menawarkan kursus jangka pendek kepada komuniti seperti kursus servis kenderaan (kereta dan motorsikal), servis penhawa dingin, jahitan, masakan, kraftangan, barista dan lain-lain,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti