KK Chenderoh Tarik Penyertaan Luar Negara dalam MTB Jamboree 2025.
KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK
27 October 2025
BERITA, Komuniti
11 Oktober 2025 | Sabtu
Chenderoh, Perak – Kolej Komuniti Chenderoh MTB Jamboree 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh makna. Bersempena Hari Sukan Negara 2025, Kolej Komuniti Chenderoh dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia, UPSI Cycling Club disokong oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia turut menganjurkan program ini edisi yang kedua. Seawal jam 4.00 pagi deretan basikal MTB telah tersusun di starting line di Dataran Siswa Kolej Komuniti Chenderoh. Dihadiri oleh 348 orang peserta yang terdiri dari 11 kategori :-
✅Boys Development ✅Girls Development ✅ Junior (<20 tahun) ✅ Men Open (21-30 tahun) ✅ Men Senior (31-40 tahun) ✅ Men Master (41-50 tahun) ✅ Men Veteran (>51 tahun) ✅ Womens Open ✅ Fat Bike Open ✅ Heavyweight (90 KG) ✅ IPT – Mens (Open)
Apa yang menarik ialah, penyertaan kali ini turut disertai peserta dari negara Thailand, Singapura dan Belanda. Majlis flag-off peserta kayuhan Kolej Komuniti Chenderoh MTB Jamboree 2025 disempurnakan oleh Tuan Zaim Sidqi bin Zulkifly, Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak. Turut hadir untuk majlis flag-off ialah Ts Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Ts Suhairi bin Ismail,Timbalan Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta Ts Hj Meor M,Sharifuddin bin Meor Shukri, Pengarah Kolej Komuniti Chenderoh. Majlis flag-off tepat pada jam 7.30 pagi. Peserta diberikan Taklimat Keselamatan oleh Komisar dan JK Teknikal Kolej Komuniti Chenderoh MTB Jamboree 2025 dan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Lukman bin Mohd.
Antara aktiviti yang turut diadakan pada 11 Oktober 2025 sempena Program Kolej Komuniti Chenderoh MTB Jamboree 2025 ialah Pertandingan Mewarna, jualan RAHMAH dan jualan keusahawanan. Majlis Perasmian Penutup Kolej Komuniti Chenderoh MTB Jamboree turut diadakan pada jam 12.00 tengah hari di Dewan Besar Kolej Komuniti Chenderoh. Semua pemenang kategori yang dipertandingkan menerima hadiah di majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ts Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kemuncak penyampaian hadiah ialah penyerahan Anugerah King Of Mountain yang dimenangi oleh Mohd Syazwan bin Wahab dari Team MS BIKE serta hadiah cabutan bertuah utama iaitu motosikal Honda Wave turut ditunggu-tunggu sebagai acara kemuncak.
Secara keseluruhannya program ini diharapkan dapat menyediakan satu platform pertandingan dalam suasana yang sihat, adil dan selamat. Mengumpulkan peminat sukan berbasikal dari kawasan sekitar serta seluruh negara bagi mengeratkan hubungan dua hala antara masyarakat dengan pihak kolej komuniti. Mempromosikan segala kemudahan/penawaran program/kursus yang dimiliki/disediakan KK Chenderoh. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal dan membina jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan, syarikat swasta serta NGO dalam membantu penganjuran acara sukan ini. Semoga kita bertemu lagi dalam KKCP MTB JAMBOREE 3.0