KKCP Raih Pingat Gangsa di Jeju Local Cuisine Competition 2022

UKK JPPKK
22 December 2022
Aktiviti Pelajar, BERITA

6 November 2022, Jeju – Kolej Komuniti Chenderoh telah berjaya menempa nama di Peringkat antarabangsa melalui pertandingan 6th Jeju Local Cuisine Competition 2022 yang telah berlangsung dari 5 hingga 6 November 2022 bertempat di Jeju, Korea. Pertandingan ini melibatkan seramai enam (6) orang peserta terdiri daripada seorang pensyarah serta lima orang pelajar dari Program Diploma in Culinary Arts Kolej Komuniti Chenderoh, Perak.

Puan Khairul Ashikhin bt Abdullah Suhami, Pensyarah Utama Program Kulinari telah meraih tiga (3) pingat Gangsa menerusi kategori individu iaitu “Main Course Rice,” “Main Course Potato,” dan “Main Course Pasta.” Manakala tiga (3) lagi pingat Gangsa diperoleh dari tiga (3) kategori kumpulan “Team of Two” dengan acara “Hot Cooking.”

Puan Khairul Ashikin berkata, antara halangan dan cabaran yang dihadapi di sana adalah dari segi bahasa, perubahan yang perlu dilakukan pada saat-saat akhir.

“Perkara yang paling tidak dapat dilupakan pengalaman memasak tanpa merasa disebabkan status halal ayam dan daging yang disediakan” Katanya.

Walau bagaimanapun, kesemua cabaran tersebut berjaya diatasi dengan sebaik mungkin sehingga mereka layak dipilih sebagai pemenang pingat Gangsa daripada 50 pasukan yang bertanding.

Kejohanan pertandingan 6th Jeju Local Cuisine Competition 2022 menyajikan hanya 1 pingat Emas, 2 pingat Perak, dan 10 pingat Gangsa bagi keseluruhan acara yang dipertandingkan. Kejayaan KKCP yang meraih pingat Gangsa dalam pertandingan ini boleh dijadikan sebagai sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang sekaligus membuktikan Kolej Komuniti merupakan platform yang terbaik bagi menyambung pengajian.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti