KKKK RAIH KEMENANGAN DI PERTANDINGAN MALAYSIA CULINARY WORLD CUP 2023

KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR
21 March 2023
Aktiviti Pelajar, BERITA

21 Februari 2023 , Kuala Lumpur – Kolej Komuniti Kuala Kangsar (KKKK) telah berjaya memperoleh sebanyak tiga (3) pingat Emas dan satu (1) pingat Perak dalam kategori yang dipertandingkan.  Seramai empat (4) orang peserta yang merupakan pelajar di kolej tersebut telah ke pertandingan Malaysia Culinary World Cup (MCWC) 2023 yang telah berlangsung di World Trade Centre (WTC).

Sebanyak tiga (3) kategori yang telah disertai dan memperoleh kejayaan yang baik iaitu bagi kategori WC01 Modern Free Style Wedding Cake yang disertai oleh pelajar Syarifah Annis Wafa Syed Munir Wafa memperoleh pingat Emas, kategori WC17 Dress The Cake yang disertai dua (2) orang pelajar iaitu Anis Salwa Senapi memperolehi pingat Emas dan Nur Syazreen Saiful Bahari yang telah memperolehi pingat Perak, dan Kategori WC18 Modern Dessert yang disertai oleh dua (2) orang pelajar secara berkumpulan iaitu Mohamad Zamirul Faez Mustapha dan Nur Fahira Adalia Annuar yang telah memperoleh pingat Emas.

Kemenangan tersebut merupakan usaha gigih seramai 6 orang pensyarah Pastri dan pembantu pelajar seramai lima (5) orang dan merupakan satu pencapaian membanggakan. Lebih menarik, kesemua peserta  hanya menjalani latihan selama satu bulan. Antara resepi kejayaan pasukan MCWC 2023 KKKK ialah usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa, disiplin serta komitmen yang tinggi semasa pertandingan.

Sementara itu, kejayaan ini membuktikan bahawa kursus Pastri yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Kangsar dan merupakan salah satu program TVET adalah mencapai kualiti dan “standard” serta setaraf dengan IPT lain di dalam dan luar negara.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti