KKSS tawan Bukit Berekeh jayakan Program Tahun Melawat Perak 2024

KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
07 March 2024
Aktiviti Pelajar

2 Mac 2024 , Sungai Siput – Seramai 11 orang pelajar dan seorang pensyarah Program Pengembaraan dan Pelancongan telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Bukit Berekah Sg. Siput yang merupakan antara lokasi yang menjadi tumpuan bagi peminat aktiviti rekreasi. Program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sg. Siput ini disertai oleh 140 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan dan agensi yang terdapat di daerah Kecil Sg. Siput.

Pendakian bermula jam 3.30 pagi setelah taklimat diberikan kepada semua peserta. Para peserta perlu mengharungi trek yang cukup mencabar dan perlu memalui 4 puncak bukit sebelum tiba di puncak Bukit Berekah pada ketinggian 454 m/ 1489 ft. Para peserta akhirnya sampai dengan selamat pada jam 5.30 pagi.

Para peserta yang mewakil Kolej Komuniti Sg. Siput ialah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS). Ekspidisi kali ini cukup istimewa kerana turut disertai Pengarah Kolej Komuniti Sg. Siput, Tuan Haji Ahmad Rizal Bin Haji Omar. 

Permandangan indah di puncak Bukit Berekah dengan panorama matahari terbit cukup mengasyikkan para peserta pendakian. Hal ini disahkan oleh En. Mohamad Fared Bin Mohd. Arsyad, Pegawai Pembangunan Pelajar/ pensyarah yang mengiringi kumpulan pendaki Kolej Komuniti Sg. Siput. Para peserta yang ditemui turut merasa gembira kerana telah dipilih untuk mengikuti program yang julung kali diadakan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sg. Siput.

Pengarah Kolej Komuniti Sg. Siput, Haji Ahmad Rizal Bin Haji Omar merakamkan ucapan terima kasih kepada YB S. Kesavan Ahli Parlimen Sg. Siput kerana memberi peluang kepada pelajar Kolej Komuniti Sg. Siput untuk menyertai program ini. Secara kebetulan, kolej ini sememangnya menawarkan kursus Sijil Pengembaraan dan Pelancongan dan ini menambahkan lagi minat para pelajar untuk mendalami bidang pelancongan.  

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti