KOLABORASI ANTARA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT SEMPENA KARNIVAL TVET DAERAH KULAI 2025

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
29 October 2025
Kolaborasi

25 Oktober 2025, Skudai – Satu majlis menandatangani Nota Kolaborasi antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai dan Kolej Komuniti Segamat telah diadakan sempena Karnival TVET 2025 Peringkat Daerah Kulai.

Kolaborasi ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) di peringkat sekolah dan komuniti. Melalui kerjasama ini, pelbagai inisiatif dirancang termasuk perkongsian kepakaran, program pendedahan TVET kepada pelajar sekolah menengah, dan peluang kesinambungan pengajian ke Kolej Komuniti.

Majlis ini turut menjadi platform penting dalam memperkenalkan peranan Kolej Komuniti sebagai institusi pendidikan tinggi yang menyediakan laluan fleksibel dan berorientasikan kemahiran untuk pelajar lepasan sekolah.

Selain itu, Kolej Komuniti Segamat juga telah mengadakan pameran pendidikan sempena program ini bagi memperkenalkan program sepenuh masa yang ditawarkan oleh institusi tersebut.

Kerjasama antara PPD Kulai dan Kolej Komuniti Segamat ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang TVET sebagai pilihan masa depan yang menjanjikan kerjaya dan pendapatan yang lumayan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti