Kolej Komuniti Kepala Batas perluas kerjasama dengan China

SHANTINI DEVI RAMULU@ RAMANAIDU
13 March 2025
BERITA, Industri, Kolaborasi

Kepala Batas, 24 Februari 2025 – Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) memperluas kerjasama strategik dengan menandatangani Letter of Intent (LOI) di antara Beijing Yuweishi Education Technology Co Ltd (YWS), China serta Master Elite Academy Group Sdn Bhd.

Majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) di antara Beijing Yuweishi Education Technology Co Ltd (YWS), China, Master Elite Academy Group Sdn Bhd dan pihak Kolej Komuniti Kepala Batas itu disempurnakan oleh Pengarah KKKB Shuhaimi bin Samanol, Mr Qianyu Zhai (CEO) dan DR Yee Siew Ching (Founder & Director) Master Elite Academy Group Sdn Bhd.

Menurut Shuhaimi “Kerjasama ini menggalakkan peluang perkongsian kepakaran, peralatan dan kemudahan antara kedua-dua pihak. Selain itu, kerjasama ini juga memfokuskan program peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkaitan melalui program pembelajaran sepanjang hayat serta peluang kepada pelajar dan pensyarah menjalani latihan up-skilling dan re-skilling dalam bidang berkaitan.”

Turut hadir Encik Mohd Nasir bin Marzuki, Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Hj. Khairulnizan bin Abdul Kadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP) dari Kolej Komuniti Kepala Batas, Ms Yu Su (Project Manager) dan Ms Shuhan Zhang (Project Manager) dari YWS manakala Cik Azwa Umairah binti Azman (Administrative Manager) dari Master Elite Academy Group Sdn Bhd.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti