Kolej Komuniti Sarikei juara Latihan Medan PISPA Negeri Sarawak

KOLEJ KOMUNITI SARIKEI
18 January 2024
Aktiviti Pelajar

3 September 2023, Miri- Kolej Komuniti Sarikei telah muncul sebagai juara keseluruhan Latihan Medan (PISPA) Negeri Sarawak yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Anchi, dekat sini.

Program selama tiga hari ini telah melibatkan seramai 35 orang peserta dari lima buah kolej komuniti, iaitu Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Santubong, Kolej Komuniti Sarikei dan Kolej Komuniti Miri.

Antara pengisian yang telah diadakan adalah kawad kaki, perawatan awal, menyelamat mangsa, menempuh halangan dan seni tari tempur. 

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Miri, Encik Harmen bin Muda. Semasa ucapan penutupan, beliau berkata, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dapat mempertingkatkan kualiti modal insan selaras dengan falsafah pendidikan negara.

“Dengan latihan dan kursus yang diberikan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM), ianya dapat membantu dalam membentuk sahsiah pelajar yang mampu untuk memimpin, bertanggungjawab serta mempunyai disiplin yang kukuh di mana ianya dapat membantu para pelajar pada masa akan datang”

Semasa majlis itu, turut disampaikan Anugerah Peserta Lelaki terbaik kepada Ketua Pasukan Kolej Komunti Sarikei, Saudara Azfar Azizan bin Bakeri dan Anugerah Peserta Wanita, Saudari Sarah Aida dari Kolej Komuniti Mas Gading.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai Latihan Medan (PISPA) 2023 dan syabas kepada pihak penganjur serta ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Semoga dengan program ini, ia dapat memupuk semangat kerjasama, berdaya saing dan seterusnya menghasilkan graduan TVET yang holistik selaras dengan Teras  Strategik 1: Menghasilkan Graduan TVET yang berkualiti malahan dengan program seperti ini ia dapat menjalinkan dan mengukuhkan kolaborasi bersama pihak atau agensi luar. 

” Terima kasih juga diucapkan kepada APM Sarikei yang telah meluangkan masa dan memberikan komitmen untuk melatih kontinjen PISPA Kolej Komuniti Sarikei sehingga berjaya bergelar juara. Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada naib juara, Kolej Komuniti Santubong, tempat ketiga Kolej Komuniti Kuching, tempat keempat Kolej Komuniti Mas Gading dan tempat kelima Kolej Komuniti Miri”, katanya lagi.

Turut hadir,Puan Norasmah binti Jaafar.Pengarah Kolej Komuniti Sarikei serta pegawai-pegawai dari Angkatan Pertahanan Awam.




Facebook

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti