
JOHOR BAHRU, 5 Oktober 2026 – Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah menganjurkan Kursus AI For Media dan Hari Bersama Media PMJB 2026 bertemakan “Media, AI & Jalinan Strategik” bertempat di PMJB.
Program ini telah menghimpunkan seramai 20 orang peserta daripada barisan media terkemuka termasuk RTM, Utusan Malaysia, BERNAMA, TV3, Makkal Osai, Jabatan Penerangan Negeri Johor, NSTP, Sin Chew Daily, China Press, Best FM dan Media Digital Johor.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah PMJB, Dr. Supa’at bin Hj. Zakaria @ Jawahir dengan penyampaian sijil kepada semua peserta media yang terlibat.
Dalam ucapan beliau, Pengarah PMJB menegaskan kepentingan hubungan strategik antara institusi pendidikan dan media, beliau menyentuh tentang relevannya topik AI dalam dunia media masa kini:
“AI boleh membantu kita bekerja tetapi AI tidak boleh menggantikan pertimbangan manusia. Dalam dunia media, ketepatan maklumat, etika, kreativiti dan tanggungjawab tetap menjadi perkara yang paling utama. Kita tidak mahu hanya menjadi pengguna AI. Kita mahu menjadi pengguna AI yang bijak“.
Pengarah juga menyatakan bahawa PMJB sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan daripada rakan-rakan media dan melihat program seperti ini bukan sebagai program sehala, tetapi sebagai ruang untuk berkongsi, berbincang dan bertukar pandangan ke arah kerjasama yang lebih strategik pada masa hadapan.
Tahniah dan terima kasih kepada Unit Komunikasi Korporat PMJB, Program Sepanjang Hayat ULPL PMJB dan semua jawatankuasa penganjur, para penceramah dan fasilitator serta semua rakan media yang hadir menjayakan program ini.

