Latihan peningkatan kemahiran pembangunan HYBRIDEDGEX: Innovative Teaching for Dual Mode Learning

POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
21 May 2026
Akademik

Kuala Lumpur, 18–20 Mei 2026 – Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pearl Hotel Kuala Lumpur. Bengkel ini menghimpunkan peserta daripada tiga institusi iaitu Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Muadzam Shah (PMS) dalam usaha memperkukuh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Hybrid Classroom di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Bengkel ini bertujuan memberi latihan serta membangunkan garis panduan berkaitan pelaksanaan PdP Hybrid Classroom secara lebih sistematik merangkumi aspek teknikal, pedagogi dan integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI).

Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati oleh Ketua Jabatan Sokongan Akademik PMJB, Encik Mohd Ekhsan Bin Othman kepada penceramah, Dr Lam Hong Yin (Ketua Jabatan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UTHM sebagai tanda penghargaan atas perkongsian ilmu dan kepakaran sepanjang bengkel berlangsung.

Turut hadir ialah Dr Mohd Najib Hamdan selaku timbalan Pengarah BIPD yang memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan dan pelaksanaan PdP Hybrid Classroom.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti