Lawatan Delegasi Korea Selatan

Lawatan Delegasi Korea Selatan Ke Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) Bagi Tujuan Perkongsian Ilmu Pemerkasaan TVET

UKK JPPKK
20 September 2022
BERITA

19 September 2022, Putrajaya – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menerima lawatan dari beberapa buah institusi pendidikan TVET dari Korea Selatan hari ini. Lawatan dari Korea Selatan yang diketuai oleh Dr. Young Saing Kim, Senior Fellow, Korea Research Institute for Vocational Education and Training (KRIVET) disambut baik oleh Encik Roslee bin Yahaya, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK bersama Ahli Mesyuarat Pengurusan JPPKK lain. Pada permulaan lawatan, YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK telah menyampaikan ucapan alu-aluan secara dalam talian. Seterusnya, Encik Roslee bin Yahya membuat pembentangan mengenai jabatan ini. Dalam lawatan ini juga turut diadakan sesi pertukaran pengetahuan bagi pemerkasaan TVET di kedua-dua negara.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti