MAJLIS PENUTUP ICCA@PSP 2025 MERIAHKAN KOLABORASI INDUSTRI, PERKESO DAN PEMBANGUNAN KERJAYA PELAJAR

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
13 November 2025
Kolaborasi, Uncategorized

Seberang Perai, 13 November 2025 – Program Industry Collaboration and Career Development @ICCA 2025 (ICCA@PSP 2025) anjuran Politeknik Seberang Perai (PSP) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melabuhkan tirainya dengan penuh meriah menerusi majlis penutup yang disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Noorazidi bin Che Azib, Naib Presiden Inari Technology Sdn. Bhd.

Program yang berlangsung selama dua minggu bermula 30 Oktober hingga 13 November 2025 ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia kerjaya sebenar serta memperkukuh jalinan kolaborasi antara PSP, PERKESO dan pihak industri.

Sepanjang tempoh penganjuran, pelbagai aktiviti dan program berimpak tinggi telah dilaksanakan antaranya MYFuture Jobs Graduate Career Day, MYFuture Jobs Career LaunchPad, Fast Train to Employment (FTTE), Coffee Talk Alumni, pemeteraian kolaborasi PSP–industri (LOI), peluncuran Reskilling & Upskilling Center (RUC) Politeknik Seberang Perai, serta Program CREPROP.

Sebanyak 25 rakan industri turut menjayakan program ini dengan menawarkan lebih 1,683 peluang pekerjaan kepada bakal graduan yang terpilih. Kerjasama strategik dengan PERKESO melalui platform MYFutureJobs turut membuka ruang luas kepada pelajar dan graduan untuk meneroka pelbagai peluang pekerjaan dan latihan industri selaras dengan keperluan pasaran semasa.

Majlis turut menyaksikan peluncuran rasmi Reskilling & Upskilling Center (RUC) Politeknik Seberang Perai, yang menjadi simbol komitmen PSP dalam memperkukuh usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan relevan dengan kehendak industri, seiring dengan agenda nasional dalam memperkasakan TVET dan kebolehpasaran graduan.

Penganjuran ICCA@PSP 2025 diharap dapat memberi impak positif terhadap pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran pelajar, di samping memperkukuh jaringan strategik antara institusi pendidikan, PERKESO dan sektor industri ke arah pembangunan modal insan negara yang kompeten serta berdaya saing.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti