Pelajar OKU POLYCC Ke Pentas Dunia

UKK JPPKK
23 March 2023
Aktiviti Pelajar, BERITA

11 Mac 2023, Sungai Petani – Telah berlangsung Majlis Flag Off POLYCC To 10th International Abilympics France 2023 yang diadakan di Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) disini, hari ini. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Hadir sama pada majlis ini ialah YBhg. Datin Paduka Khatijah Sulieman, Presiden Majlis Pemulihan Negara (MCR), YBrs. Ts. Zainab Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK dan YBrs. Tuan Haji Mohd Yusaini bin Mohamed Ali, Pengarah KKSP.

Pertandingan yang dianjurkan khusus bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi mengubah pandangan masyarakat mengenai potensi dan kebolehan mereka.

Penyertaan POLYCC pada pertandingan ini juga dilihat selaras dengan hasrat yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri melalui Malaysia Madani.

Antara peserta yang bakal menyertai acara peringkat antarabangsa ini ialah Nur Amiratul Farahin binti Ab. Rahman dalam bidang Painting dan Waste Art dari Politeknik Ibrahim Sultan, Muhammad Darwisy Haziq bin Mohd Zam dalam bidang Outdoor Photography dari Politeknik Ibrahim Sultan, Wan Muhammad Hafizunif bin Wan Roslan dalam bidang Cake Decoration dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Muhammad Hanif Naufal bin Mohd Mazni dalam bidang Restaurant Service dari Kolej Komuniti Selayang, Najwa binti Mahmud dalam bidang Data Processing dari Kolej Komuniti Selayang dan Salahuddin bin Ahmad Kamsan dalam bidang Cooking dari Kolej Komuniti Sungai Petani. Peserta turut memiliki jurulatih masing-masing yang juga merupakan pensyarah di politeknik dan kolej komuniti.

Turut hadir pada majlis ini ialah pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti