Pelajar POLISAS berjaya kumpul lebih RM600 hanya dalam tempoh dua jam

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
10 April 2023
Aktiviti Pelajar

5 April 2023, Kuantan – Pelajar MPU24021 Koko Kelab Keusahawanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) berjaya mengumpul RM663.50 dalam tempoh dua jam hasil daripada jualan keseluruhan produk sejuk beku yang dibekalkan oleh pihak Ramly Outlet, Indera Mahkota, disini. 

Sesi Jelalah Niaga bersama produk Ramly ini merupakan satu cabaran yang diberikan kepada para pelajar dalam usaha untuk membimbing mereka menjadi seorang usahawan.

Ketua Unit Keusahawanan POLISAS yang juga Pensyarah Kursus, Suriati Ahmad, berkata, para pelajar juga diterapkan dengan aspek amalan ‘Go Green’ iaitu meminimumkan penggunaan plastik dan ‘cashless’ sewaktu simulasi perniagaan ini dijalankan.

“Pihak POLISAS amat berterima kasih kepada pihak Ramly yang sudi membekalkan produk sejuk beku mereka kepada para pelajar bagi tujuan ini”, katanya lagi.

Hadir sama ialah Mohd Korisan Abdullah, Pensyarah Kursus yang turut memberikan bimbingan bagi merealisasikan mini projek ini.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti