Pelajar Politeknik Ungku Omar terima Anugerah Pelajar Terbaik MACRA 2022

POLITEKNIK UNGKU OMAR
23 March 2023
Akademik, BERITA

20 Februari 2023, Kuala Lumpur – Malaysian Air-Conditioning & Refrigeration Association (MACRA) telah menganjurkan 22nd Annual Dinner di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid. Majlis ini menghimpunkan sekurang-kurangnya 1,000 orang pemain industri, institusi pendidikan TVET dan pemegang taruh.

Buat julung kalinya, pelajar dari Politeknik Ungku Omar (PUO), Roshan a/l Brakalathan dari program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah dinobatkan sebagai Anugerah Pelajar Terbaik (Top Student Award, Outstanding Achievement) bagi tahun 2022. Dalam pada itu, pensyarah PUO, Azmi Naroh turut menerima Anugerah Mentor Pelajar Terbaik (Top Student Award, Student Mentor) 2022.

Politeknik Ungku Omar amat berbesar hati dengan penganugerahan ini dan akan kekal komited dalam melahirkan graduan TVET yang berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara.

MACRA merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh pemain industri dan orang perseorangan dalam bidang penyamanan udara dan penyejukbekuan di Malaysia.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti