Pelajar POLYCC Zon Sabah dilatih menjadi ‘job creator’

POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
29 August 2023
Aktiviti Pelajar

17 Ogos 2023 , Sandakan : Program POLYCC Technology Challenge @ Sabah yang berlangsung sejak 14 Ogos lalu di Politeknik Sandakan (PSS) telah melibatkan pelajar-pelajar politeknik dan kolej komuniti di Negeri Sabah. Matlamat penganjuran program ini adalah untuk melatih para pelajar terutamanya pelajar politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) di Negeri Sabah tentang kemahiran keusahawanan bagi membolehkan mereka untuk menjana pendapatan sendiri apabila tamat belajar nanti.

Antara modul yang terdapat dalam program ini adalah Website Marketing, Media Social Funnel, Website Development, Direct Selling Challenge di Kampus PSS dan beberapa aktiviti lain.

Majlis Perasmian Penutupan program ini disempurnakan oleh Encik Jominin bin Goropos, Pengarah Kolej Komuniti Penampang merangkap Pengerusi Keusahawanan POLYCC di Negeri Sabah. Turut hadir bersama Encik Mohd Sani bin Said, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah, Encik Rudiansah bin Nonche, Pengarah Kolej Komuniti Sandakan dan Puan Liza Longgat, Pengarah Kolej Komuniti Tambunan. 

Encik Sani dalam ucapan alu-aluannya berkata, beliau menghargai kehadiran semua peserta dan fasilitator yang hadir bagi membolehkan objektif dicapai. 

En. Jominin Bin Goropos pula dalam ucapan perasmiannya berkata, Program PolyCC Technology Challenge Bootcamp @ Sabah 2023 ini dapat menyampaikan ilmu keusahawanan dan teknologi yang dipacu secara digital kepada pelajar POLYCC di Negeri Sabah. Beliau juga percaya program ini merupakan platform untuk para pelajar meningkatkan ilmu keusahawanan yang dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka pada masa akan datang. 

Program seperti ini diharap akan dijalankan secara berterusan pada masa akan datang dan mampu menambah bilangan usahawan berjaya yang terdiri daripada pelajar dan alumni POLYCC di negeri ini.

/*! elementor - v3.15.0 - 20-08-2023 */ .elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti