PIS anjur Pertandingan Layang-Layang Kreatif

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
07 March 2024
Aktiviti Pelajar

4 Mac, Alor Gajah – Pertandingan layang-layang kreatif dengan tema beauty of nature, anjuran Politeknik Ibrahim Sultan telah berlangsung bermula 1 hingga 3 Mac 2024 sempena International Kite Festival Pasir Gudang 2024. Pertandingan ini telah menyaksikan kehadiran pelajar-pelajar politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia yang yang telah memberikan usaha maksimum dalam menghasilkan rekaan layang-layang yang inovatif dan menarik.

Dua Kumpulan pelajar Program Sijil Landskap, Kolej Komuniti Selandar Melaka yang dibantu oleh pensyarah landskap Pn. Suriyana Sulaji dan Pn. Siti Ainon Abdullah adalah antara 10 reka bentuk terbaik yang terpilih untuk bengkel penyediaan layang-layang kreatif. Airscape diwakili pelajar semester 3, Muhammad Ammar Hakim Azidin, Muhammad Hairel Ikhwan Abu Bakar dan Nurul Sharmila Abdul Alim, sementara Kumpulan Monstrous diwakili pelajar semester 2, Amirul Ashraf bin Borhan, Nor Aliya Maisarah binti Khairulnizam, dan Mohamed Fitri bin Mohd Zaidy. Kedua-dua kumpulan telah menghasilkan layang-layang di dalam bengkel sehari yang mana telah mendedahkan pelajar dengan teknik dan seni penghasilan layang-layang.

Penonjolan keunikan layang-layang dengan pilihan bahan-bahan alami dan eksplorasi kreatif serta kebolehan diterbangkan telah melayakkan Airscape dianugerahkan tempat ke-2 dan Monstarus mendapat saguhati.

Secara keseluruhan, pertandingan ini telah berjaya menggalakkan semangat kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti