PISPA

PISPA Kolej Komuniti Zon Kedah dan Perlis Juara HiPA 5.0

UKK JPPKK
27 September 2022
Aktiviti Pelajar, BERITA

Kangar, 25 September 2022 – Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Zon Kedah dan Perlis telah dinobatkan sebagai juara dalam Himpunan Pertahanan Awam (HiPA) 5.0 yang telah berlangsung di Kem Dato’Ariffin Mohd Nam, Kaki Bukit, Perlis. Hadiah berupa Piala Pusingan dan medal telah disampaikan oleh Yang Setia Kolonel (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mewakili Ketua Pesuruhjaya APM sewaktu Majlis Perasmian Penutup program berkenaan.

Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar kolej komuniti seluruh Malaysia telah menyertai program ini. Peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut zon masing-masing. Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah mempertandingkan beberapa kategori iaitu PISPA Skill Challenge, Survival Cooking dan Civil Defense Cry Battle. Berikut merupakan pemenang bagi setiap kategori:

PISPA Skill Challenge
Tempat Pertama :   PISPA Kolej Komuniti Zon Kedah/Perlis
Tempat Kedua     :   PISPA Kolej Komuniti Zon Johor
Tempat Ketiga     :   PISPA Kolej Komuniti Zon Selangor

PISPA Survivor Cooking
Tempat Pertama :  PISPA Kolej Komuniti Zon Kedah/Perlis
Tempat Kedua     :  PISPA Kolej Komuniti Zon Selangor
Tempat Ketiga     :   PISPA Kolej Komuniti Zon Sarawak

PISPA Civil Defence War Cry
Tempat Pertama :  PISPA Kolej Komuniti Zon Sabah
Tempat Kedua     :  PISPA Kolej Komuniti Zon Kedah/Perlis
Tempat Ketiga     :   PISPA Kolej Komuniti Negeri Sembilan/Melaka

Kadet PISPA Terbaik Lelaki
Saudara Syafiq Danial
PISPA Kolej Komuniti Zon Selangor

Kadet PISPA Terbaik Wanita
Saudari Shafira Balqis
PISPA Kolej Komuniti Zon Pahang

Pengurus Pasukan PISPA Terbaik
Encik Abdul Fatah
PISPA Kolej Komuniti Zon Johor

Pemenang Keseluruhan
Tempat Pertama :   PISPA Kolej Komuniti Zon Kedah/Perlis
Tempat Kedua     :   PISPA Kolej Komuniti Zon Johor
Tempat Ketiga     :   PISPA Kolej Komuniti Zon Selangor

Yang Setia Kolonel (PA) Fazlisyah bin Muslim turut menyampaikan pentauliahan kepada beberapa orang Pegawai Bersekutu APM:

1. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Noranyza binti Mohamad Yusoff
    Ketua Penyelaras PISPA Kolej Komuniti Malaysia
2. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Muhammad Sani bin Che Idris
    Komandan PISPA Kolej Komuniti Malaysia
3. Lt. Kol Bersekutu (PA) Sobah binti Abdul Hamid
    Pengerusi PISPA Kolej Komuniti Negeri Kedah
4. Mejar Bersekutu (PA) Nastasa binti Abdul Samat
    Penolong Ketua Penyelaras PISPA Kolej Komuniti Malaysia
5. Kapten Bersekutu (PA) Madihah binti Paiizi
    Setiausaha PISPA Kolej Komuniti Malaysia
6. Kapten Bersekutu (PA) Siti Yuhana binti Abdullah
    Pegawai Bersekutu APM Kolej Komuniti Malaysia

Turut hadir, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Yusma binti Yusof, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti yang mewakili Ketua Pengarah JPPKK, Pengerusi-Pengerusi PISPA Kolej Komuniti , Lt. Kol. Bersekutu (PA) Salmah binti Haji Ijam, Timbalan Komandan (Pengurusan) PISPA Kolej Komuniti Malaysia, Pegawai-Pegawai APM dan Pegawai-Pegawai Bersekutu APM.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti