
JENDELA MADANI
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah terus melangkah ke hadapan dalam misi memperluaskan jaringan akademik antarabangsa apabila menerima kunjungan hormat daripada Universitas Pakuan, Bogor, Indonesia.
Kenyataan media POLIMAS
memaklumkan lawatan ini
melibatkan 11 wakil dari Universiti Pakuan dilihat sebagai satu langkah bermakna dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kejuruteraan.
Delegasi yang diketuai oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Dr Ir Lilis Sri Mulyawati serta diiring Ketua Jabatan Study Perencanaan dan Kota Dr Mujio
telah disambut penuh mesra oleh pihak pengurusan POLIMAS dalam majlis rasmi di Bilik Mesyuarat Bunga Raya POLIMAS.
SESI TAKLIMAT KHAS
Majlis dimulakan dengan sesi taklimat khas yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS Dr Mhd Azmin Mat Seman
yang memperincikan sejarah penubuhan POLIMAS, pencapaian cemerlang yang telah digapai, sertahala tuju masa depan dalam mendukung agenda nasional melalui TVET.
Dalam ucapannya, Dr. Mhd Azmin menegaskan bahawa hubungan antarabangsa merupakan salah satu kunci utama dalam meningkatkan kualiti pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan pelajar.
POLIMAS amat mengalu-alukan kehadiran delegasi Universitas Pakuan. Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan silaturahim antara dua institusi pendidikan, tetapi juga membuka ruang besar untuk kita bekerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan akademik serta memperkasakan TVET di rantau ini.
MENIKMATI PELUANG PENDIDIKAN
Kami percaya, melalui perkongsian pintarseperti ini, pelajar akan menikmati peluang pendidikan yang lebih luas dan berdaya saing di peringkat global,” katanya.
Sementara itu, Dr Ir Lilis Sri Mulyawati
turut menyatakan keterujaan atas sambutan yang diterima, dan menyuarakan hasrat agar lawatan ini
menjadi pintu masuk kepada kolaborasi jangka panjang.
“Kami ingin menjalin kolaborasi yang lebih luas dengan POLIMAS, khususnya dalam memberikan peluang kepada pelajar lepasan diploma POLIMAS untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Universitas Pakuan,” kata beliau.
HUBUNGAN DUA NEGARA
Selain itu, katanya kerjasama ini diharap dapat mengeratkan hubungan dua negara yang berjiran, Indonesia dan Malaysia, melalui bidangpendidikan.
Lawatan ini bukan sekadar pertemuan akademik, malah turut menjadi medan perbincangan berkenaan kerjasama strategik seperti pertukaran pelajar dan pensyarah, program penyelidikan bersama, serta peluang latihan industri di kedua-dua negara.
Delegasi juga di bawa meninjau fasiliti POLIMAS bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang kekuatan institusi ini dalam melahirkan graduan TVET yang berkualiti.
MENJADI JAMBATAN BAHARU
Justeru, jalinan akademik ini akan
menjadi jambatan baharu yang menghubungkan generasimuda kedua-dua negara melalui bidang
pendidikan.
Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, malah memperkukuh kedudukan POLIMAS sebagai institusi TVET bertaraf antarabangsanyang terus melahirkan tenaga kerja
mahir untuk keperluan industri serantau.
Lawatan bersejarah ini sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha POLIMAS menempatkan diri sebagai institusi teknikal yang mampu bersaing di peringkat global, dengan elemen kolaborasi rentas negara sebagai pemangkin kecemerlangan akademik. – JM