POLIMAS Rangkul Pingat Emas Dan 2 Anugerah Khas di Bangkok

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
28 September 2023
Aktiviti Pelajar

Jitra – Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), telah berjaya merangkul 2 pingat emas dalam Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation And Technology Exposition (IPITEx 2023) – ‘Thailand Inventors’ Day 2023’ yang telah diadakan bertempat di Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC), Bangkok Thailand baru-baru ini’.

Pasukan POLIMAS terdiri dari pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam memperolehi emas pertama melalui projek inovasi yang bertajuk, Smart Agua Pond. Pembentangan   telah dibuat oleh Noor Liza Ramli dan Mohd Mohd Nazly.Smart Agua Pond ini merupakan satu inovasi kolam pintar yang merangkumi sistem solar, mesin pemberi makanan ikan dan udang serta penapis air berkonsepkan hijau. Projek ini telah diaplikasikan di kolam Koperasi Koyan di Jitra ,Kedah bagi mengatasi masalah kos pengurusan dan kekurang tenaga kerja tempatan, kualiti air dan sistem pemberi makanan mengikut jadual.

Pingat emas kedua pula diperolehi melalui Projek Inovasi Econic Waste Water Filter. Pembentangan telah dibuat oleh  Noor Liza Ramli, Zamri Ahmad Mokhtar, Sharina Abdul Latiff dan Nur Ashikin Lakman. Projek ini merupakan inovasi serat batang pisang sebagai bahan utama yang digunakan dalam penapis air sisa yang dipasang dibawah sinki dapur bagi menyerap minyak dan lemak. Kualiti air dipantau melalui pengesan Ph dengan konsep LoT melalui telefon pintar. Tujuan utama projek ini adalah bagi mengatasi masalah sistem perpaipan yang tersumbat, mengurangkan bebanan loji rawatan air dan alam sekitar.

POLIMAS juga turut dipilih menerima 2 Anugerah Khas dari negara Hong Kong dan juga dari National Research Council of Thailand bagi projek Econic Portable Water Dispencer dan Projek Biof P’ mas . Projek Econic Portable Water Dispencer ni telah dihasilkan oleh Hayazi Hanafi, Hamizi Yahaya dan Noor Liza Ramli. Projek ini merupakan alat penapis air yang boleh digunakan sewaktu kecemasan dengan menapis sumber air semulajadi seperti ketika banjir, aktiviti luar dan sebagainya. Ia mudah dibawa kemana-mana dan mesra pengguna. Projek Biof P’ mas ini pula merupakan projek yang direka oleh Noor Liza Ramli dan Dr Suhaini Mat Daud. Ianya merupakan produk rawatan kulit yang menggunakan bahan-bahan organik bagi menggantikan bahan kimia bagi pesakit kulit . Antara produk Biof P’ mas yang dihasilkan ialah cecair mandian, syampo, sabun buku, losyen, minyak panas, kirim panas, hand sanitizer, room sanitizer dan sabun pencuci pakaian. Kesemua produk bertindak sebagai anti-bakteria.

Menurut Ketua Pasukan POLIMAS, Noor Liza Ramli “Kemenangan ini menjadi bukti pensyarah POLIMAS mempunyai keupayaan dan kepakaran  untuk menghasilkan inovasi terkini setanding dengan pensyarah dari universiti lain dari  luar negara.” Disamping itu POLIMAS  juga turut memperolehi 2 pingat perak dari projek inovasi Smart CM dan RDRAINB Trap. 7 pingat gangsa diperolehi dari projek inovasi WDRAIN Trap, Biof P’mas,Savcon, Econic Potable Dispencer, P’Mas House, Smart Tourism Map Baling dan Flash Delineator.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Kamaludin Daud berkata, “Kejayaan ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada POLIMAS kerana pensyarah politeknik mampu dan berdaya saing di dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak besar  dan saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam POLIMAS kerana beroleh kemenangan pingat emas dan juga pensyarah lain yang  kerana berjaya juga mendapat pingat perak dan gangsa. Katanya lagi,“Saya juga merakamkan ucapan syabas kepada pensyarah-pensyarah yang berkenaan kerana berjaya menaikkan imej POLIMAS diperingkat antarabangsa ”.

IPITEx 2023  diadakan oleh National Research Council Of Thailand (NRCT) merupakan satu acara tahunan melibatkan inventor  dari seluruh dunia. Pertandingan ini menyediakan platform untuk mendapat pengiktirafan bagi projek inovasi , memperkenalkan projek kepada syarikat luar dan membentangkan projek terpilih oleh NRCT. Dalam pertandingan yang diadakan ini 469 projek inovasi dipertandingkan dari penyertaan 24 buah negara di dunia.

Pingat dan sijil berkenaan telah disampaikan oleh Dr  Wiparat De-ong Pengarah Eksekutif, National Research Council of Thailand.



BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti