POLYCC Raih Banyak Anugerah di COMPETE ’22

UKK JPPKK
28 November 2022
Aktiviti Pelajar, BERITA

20 Oktober 2022, Johor Bahru – Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) telah memperolehi banyak anugerah dalam kategori yang dipertandingkan dalam Competition for Potentially Excellent  and Talented Entrepreneurs (COMPETE@MOHE’22). Acara penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norisma Mohd Ismail, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian pengajian Tinggi semasa  Majlis Perasmian Penutup program ini.

Program yang telah melibatkan seramai 141 orang pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi ini, diilhamkan bagi memperkasakan ilmu keusahawanan dalam kalangan pelajar. Selain itu, melalui program ini pelajar dapat mempelajari teknik pemasaran dan melatih pelajar untuk menjadi ‘pencipta pekerjaan’. Terdapat beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam memastikan program ini berjalan lancar antaranya, TEKUN Nasional, SME Corp. Sdn. Bhd, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Holistic Lab Sdn. Bhd, A Plus DT Group Sdn. Bhd dan HA Southern Global Sdn. Bhd.

Program ini telah bermula pada 8 Jun 2022 dengan melibatkan sebanyak 13 institusi Pendidikan tinggi iaitu 12 penyertaan daripada Universiti Awam, 18 penyertaan daripada Politeknik dan 17 penyertaan daripada Kolej Komuniti. Selain itu, seramai 87 orang penyelia (mentor) daripada IPT dan sebanyak 11 rakan kolaborasi turut terlibat bagi menjayakan pelaksanaan program.

Seramai 66 orang peserta layak ke peringkat akhir bagi pertandingan ini. Para peserta dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan dan keupayaan dalam persembahan (pitching) perniagaan. Terdapat 5 kategori pertandingan iaitu Icon Award, Sales Achievement Awards, Best Pitching Awards, Business Growth Awards dan Business Report Awards. Berikut merupakan pemenang bagi setiap kategori :

Icon Award
Siti Nurhidayah Amira Hashim
Kolej Komuniti Baling

Sale Achievement Awards
Tempat Pertama:
Syed Muhammad Hafiz bin Seeni Mohd
Universiti Malaysia Kelantan

Tempat Kedua:
Yasmin Suraya binti Mohd Yusoff
Universiti Sultan Zainal Abidin

Tempat Ketiga:
Muhammad Hafidz bin Shahril Izwan
Universiti Putra Malaysia

Best Pitching Awards
Tempat Pertama:
Nur Shafiqah Farahana binti Kalog
Universiti Malaysia Sarawak

Tempat Kedua:
Muhamad Mikhail Hafaza bin Mat Salahududdin
Politeknik Sultan Idris Shah

Tempat Ketiga:
Norakhmal Hafiz Norafandi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Business Growth Awards
Tempat Pertama:
Nur Lailatul Ain binti Baharuddin
Kolej Komuniti Kuala Kangsar

Tempat Kedua:
Siti Nurhidayah Amira Hashim
Kolej Komuniti Baling

Tempat Ketiga:
Nur Shafiqah Farahana binti Kalog
Universiti Malaysia Sarawak

Business Report Awards
Tempat Pertama:
Siti Nurhidayah Amirah Hashim
Kolej Komuniti Baling

Tempat Kedua:
Muhamad Mikhail Hafaza bin Mat Salahudin
Politeknik Sultan Idris Shah

Tempat Ketiga:
Nurul Iylia Natasya binti Mohd Nahar
Politeknik Mersing

Siti Nurhidayah Amira Hashim dari Kolej Komuniti Baling berjaya merangkul tiga anugerah dalam pertandingan tersebut. Turut hadir dalam majlis berkenaan, YBhg. Prof. Ts. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim Naib Canselor UTHM, Encik Roslee Bin Yahya, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK, Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru dan Tuan Haji Ahirun bin Ruba’ain Ketua Bahagian Latihan TEKUN Nasional.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti