Program Advokasi PDRM bersama PSP didik pelajar tentang keselamatan jalanraya

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
04 April 2023
BERITA, Komuniti

22 Mac 2023, Permatang Pauh – Sebanyak 250 buah motorsikal dan 100 buah kereta milik pelajar terlibat dalam pemeriksaan pada Program Advokasi PDRM bersama Politeknik Seberang Perai (PSP)

Program ini bertujuan mendidik dan memberi teguran sekiranya terdapat kesalahan-kesalahan seperti tiada lesen memandu yang sah, tiada cukai jalan dan pengubahsuaian kenderaan yang tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, tiada saman atau sita kenderaan dikenakan ketika program ini berlangsung.

Program ini diketuai oleh ASP Nurul Halimi Hassan bersama dua pegawai lain iaitu Insp Mohd Farizal Akmar Omar, Insp Rosniwati Remle serta lapan anggota trafik dan URB. Turut bersama membantu program ini adalah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), PSP, Encik Shuhaimi Samanol dan beberapa pegawai HEP dan pegawai keselamatan PSP.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti