Projek Solar : Buah tangan KKBS untuk Kg. Nabahan

KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
07 March 2024
Aktiviti Pelajar

 25 Januari 2024 , Beaufort – Unit Keusahawan, Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) yang diketuai oleh Ts. Mazuwan Mustaffa telah mengadakan lawatan tapak bagi melaksanakan Program University To Community 2.0 (UTC) di Kampung Nabahan, Weston di bawah projek Solar for Community at Beaufort atau SOFCOM@BFORT.

Tujuan lawatan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi pemasangan sistem Off Grid Solar PV di kampung tersebut. Dalam pada yang sama, lawatan ini juga berhasrat untuk mendapatkan persetujuan bersama seluruh penduduk kampung bagi sama-sama membangunkan kawasan Kg Nabahan sebagai kawasan Eco Tourism di daerah Beaufort. Kg. Nabahan merupakan salah sebuah kampung yang mempunyai pemandangan sungai yang mendamaikan serta hasil sungai yang banyak seperti ikan dan udang galah. Kemenjadian Kg Nabahan sebagai salah sebuah destinasi pelancongan kelak, dilihat dapat meningkatkan sumber ekonomi setempat serta membuka peluang perkerjaan kepada belia-belia kampung. Justeru, kemudahan infrastruktur yang ditawarkan oleh SOFCOM@BFORT ini tepat pada masanya di kala negara menghadapi krisis ekonomi serta menggelak dari kebergantungan kepada sumber yang sedai ada. Turut hadir , pemilik syarikat SOLARZ SE milik saudara Mohamad Zulfiqri, Pn. Dayang Noorlizah Awang Mahmood (Mentor UTC), En. Masnawi Hamdani ( Penasihat Teknikal) dan ketua-ketua pelajar bagi projek UTC 2.0.  Diharapkan usaha murni Unit Keusahawanan KKBS ini mendapat manfaatkan kepada kedua-dua pihak dalam menikmati ekosistem yang mesra tenaga di samping meminimakan penggunaan tenaga elektrik. Pelajar juga dapat menimba banyak pengalaman serta meningkat kemahiran sahsiah sepanjang menjayakan projek ini nanti.  

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti