PSA Raih Tempat Ke-3 Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022

UKK JPPKK
10 February 2023
Aktiviti Pelajar, BERITA

30 November 2022, Putrajaya – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah berjaya merangkul tempat ke-3 dalam Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022 yang berlangsung di Hotel Zenith.

Kumpulan yang diberi nama Innovador (Third Eye for Blind) daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal turut membawa pulang wang tunai RM10,000.

Selain dari kumpulan Innovador, satu lagi kumpulan iaitu Toperdo (Mini Lemang Cookware) juga daripada  Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PSA turut berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan ini.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pada program ini juga, sebanyak 10 kumpulan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir antaranya dari Politeknik Nilai (PNS) dan Kolej Komuniti Kuala Kangsar.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti