PSAS komited mantapkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam bidang EV

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
18 January 2024
Akademik

8 Januari 2024, Behrang – Susulan daripada perancangan PSAS dalam memantapkan kemahiran pelajar dan pengajar dalam industri EV, satu program latihan dengan kerjasama bersama syarikat swasta telah dilancarkan pada 8 Januari 2024. Electrified Automation Advancement Programme (EAAP) merupakan satu program latihan di bawah Inisiatif SG Akademi, Autotronics Centre Of Excellence Sdn Bhd dan MITRA bersama PSAS yang melibatkan pelajar dan pengajar dari Politeknik Sultan Azlan Shah. Autotronics Centre Of Excellence Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam kenderaan elektrik dan telah mendapat pentauliahan daripada Institut of Motor Industry (IMI). Seramai 45 orang peserta yang terlibat iaitu  terdiri daripada 41 orang pelajar yang ditaja oleh MITRA dan 4 orang pengajar PSAS yang ditaja oleh SG Akademi.

Program Latihan ini bermula pada 7 Januari 2024 sehingga 30 Januari 2024 yang melibatkan latihan secara bersemuka dan atas talian. Sepanjang Program latihan ini, para peserta yang terlibat akan mengikuti pensijilan kenderaan Elektrik (EV) Tahap 3 Institut of Motor Industry (IMI). Para peserta yang terlibat juga akan didedahkan  dengan kemahiran dalam membaik pulih EV yang terkini.

Majlis pelancaran program ini telah dihadiri oleh Dato’ Sri Ganes , Founder and Chairman SG Education Group dan Ts. Mohd Zulkefli Bin Ibrahim, Pengarah PSAS serta barisan pengurusan. PSAS sentiasa komited dalam memantapkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dan pengajar dalam bidang industri EV serta sentiasa  membuka ruang dan peluang kepada semua pihak luar dalam berkongsi kemudahan, kepakaran dan pengetahuan dalam industri EV.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti