Dua Kursus PSH Kolej Komuniti Kota Marudu Catat 154 Penyertaan

KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU
23 March 2023
BERITA, Komuniti

26 Februari 2023, Kota Marudu – Kursus pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Kota Marudu telah mendapat perhatian komuniti setempat apabila mencatatkan seramai 154 peserta yang menghadiri Kursus Pendek Gubahan Bunga dan Coklat serta Kursus Pendek Asas Gunting Rambut Lelaki.

Dua kursus pendek ini telah dijalankan serentak pada 26 Februari 2023 yang lalu dan mendapat respon yang positif daripada peserta berikutan kursus yang dilaksanakan secara ‘hands on’ dengan mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar yang terlatih dan memiliki pengalaman industri.

Bagi Kursus Pendek Gubahan Bunga dan Coklat, para peserta dapat mempelajari teknik-teknik yang betul bagi susun atur bunga dan coklat serta kaedah ikatan dan lipatan gubahan kertas. Manakala bagi Kursus Pendek Asas Gunting Rambut Lelaki pula, para peserta diberi pengalaman untuk mempelajari teknik-teknik guntingan dan penggunaan alat yang betul.

Menurut Puan Canne Paul, Ketua Unit PSH kolej tersebut berharap para peserta dapat memanfaatkan pengalaman yang telah dipelajari sama ada untuk dipraktikkan sendiri atau untuk tujuan prospek keusahawanan.

/*! elementor - v3.11.4 - 12-03-2023 */
.elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}
Sebahagian peserta yang menyertai Kursus Pendek Gubahan Bunga dan Coklat di Kolej Komuniti Kota Marudu
Peserta yang mengikuti Kursus Pendek Asas Gunting Rambut Lelaki di Kolej Komuniti Kota Marudu

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti