6 Februari 2023, Thailand – Pasukan Inventor Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah berjaya meraih dua (2) pingat emas dan satu (1) pingat perak dalam pertandingan Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx) yang telah berlangsung pada 2 hingga 6 Februari 2023. IPITEx merupakan pertandingan inovasi yang dianjurkan bersempena dengan Thailand Inventor’s Day 2023.
Pada pertandingan ini, PSIS melalui penglibatan tujuh (7) orang staf telah mempertaruhkan Projek e-SPB dan BPP – Biz Plan Power dan berjaya meraih pingat emas. Manakala, Projek 360 Virtual Tourism in Sabak Bernam telah berjaya meraih pingat perak
PSIS juga telah dianugerahkan Penganugerahan Khas dari Delegasi Hong Kong untuk Best Innovation Award
YBrs. Ts. Zulkurnain Shahadan, Pengarah PSIS berkata, pasukan inovator itu bersaing dengan 214 orang peserta lain dari pelbagai negara di dunia termasuk Asia, Eropah dan Afrika. Masing-masing telah mempamerkan pelbagai inovasi dari semua peringkat bidang dan kepakaran.
Beliau turut berbangga dengan pencapaian para pensyarah yang terlibat dan berharap dapat menjadi inspirasi kepada warga POLYCC khususnya PSIS dalam membudayakan inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan.